Thursday, December 2, 2010

Cashier Sejati.

Hari ni dah masuk hari kedua dalam bulan Disember. Bermakna, ade lagi 13 hari sebelum aku habiskan paper aku. Yang tinggal just paper Pengajian Am dan Bahasa Melayu. Dua-dua ni kertas objektif. Bila mana dengar je perkataan 'objektif', mesti akan terlintas satu perkataan lain kat pale otak kite.. Betul tak? Hehe.. 'senapang M-16' atau nama lainnye, 'tembak'. Dodol sekalian, nak exam ni, kena buat abis baik. Aku simpan dulu senapang ni ye.

Lepas 15 haribulan nanti, aku tak tau la nak buat ape. Keje? Atau lepak umah? Memandangkan sekarang bulan Disember, tetibe je terlintas je memori silam. (hekeleh). Kalau ikutkan, dah dekat 2 tahun jugak aku tinggalkan alam pekerjaan. Aku dah pernah keje sebelum ni. Masa tu aku nak tunggu result SPM kuar. Bosan duduk umah, so aku keje la. Keje bese je. Jadi cashier kat salah satu pasar raya terbesar kat Malaysia ni. Itu pun sebab aku terbaca satu iklan kertas murah kat dinding dan gaji die pun masyuk jugak.. Aku try mohon, Alhamdulillah dapat.


Pakai baju hijau, kuar umah pukul 6.30 pagi, balik umah kul 11 malam. Bagi aku itu perkara biasa. Aku memang suke mende-mende mencabar camtu. Aku mule keje 25 Disember 2008. Masa tu hari Krismas. Memang penat jugak la.. Nasib la.. Sape suruh aku mintak keje time cuti ye dak? Bahalol. Tapi takpe.. Nak cari pengalaman punye pasal.

Masa keje, aku memang suke layan customer yang datang. Ade yang baik tu, memang baik. Ade yang banyak bunyik tu, rase macam nak tangan je. Mentang-mentang la aku cuma berpangkat cashier tapi itu tidak bermakna dorang boleh 'bom' aku sesuka hati. Dalam tempoh 5 bulan aku keje, banyak kali jugak aku kena marah. Memang cam siot. Yang paling tak boleh bla, aku kena senyum 24 jam.


Ye la kan, kang kalau tak senyum, kena 'bom' pulak dengan manager aku. Songeh!
Tapi aku tak kesah dan aku bukan jenis banyak bunyi. Layan je. So pada 4 April 2009, secara rasminye (rasmi ke ek?) aku pun resign. Nak balik kampung, sambung belajar. Haha. Rindu kat kawan-kawan sekolah pulak.Ape pun, bekerja memang satu pengalaman yang sangat seronok. Aku belajar macam mana nak berinteraksi ngan manusia-manusia yang lain, belajar jadi lebih jujur dan yang paling penting, aku belajar macam mana nak hidup jauh dengan mak aku. Haha. Manja la kunun.. Tengok nama tempat yang aku keje la.. Huahuahua. Dengan duit gaji aku yang aku kumpul, lepas la aku bayar duit sewa umah tetiap bulan (bayar kat kakak sendiri.. berkire sungguh beliau), beli baju lelawa dan jugak aku beli henpon Sony Ericsson model F305.


Tapi henpon ni dah rosak. So, jadi hiasan je dalam kotak barang aku. Dan aku jugak beli buku rujukan Form 6 gune duit gaji aku ni. Memang rase puas. Kaya je rase. Haha..

p/s: Bahasa budaya bangsa tapi masa aku keje dulu, tetiap hari kena marah dgn customer pasal mende yang tak masuk akal. Oh tidak..