Friday, November 26, 2010

Berdarah Hidung!


Seperti yang korang sedia tau, aku sekarang tengah dalam mood exam. Diulangi.. EXAM. Setakat ni, dah 4 paper maut dah lepas. Pengajian Am 2, Pengajian Perniagaan 1, Bahasa Melayu 2 dan Ekonomi 1. Kalau korang semua tanye ape feel aku, dengan bangganye aku akan jawab yang aku hepi. For sure la kan. Yang tak enaknye, paper eko aku cam agak-agak nak hancus sikit la. Aku dah buat yang terbaik tapi itu lah kalau orang kate dah nak jadi. Lepas je aku tengok soalan, dalam 10 minit pertama tu aku still blurr. Tapi aku lawan dengan cara aku menyalin semua soalan esei dulu. Menyimpang betul ape yang aku study dengan ape yang keluar. Memang cam siot sikit la. Tapi aku reda kot sebab aku pun student yang jenis banyak main. Tak salahkan sape-sape beb. Jangan risau. Belajar 1 tahun setengah untuk jawab dalam masa 3 jam. Memang parah sikit. Setakat ni, ade lagi 4 paper maut lagi yang aku kena tempuh.. Pergh.. Feel cam perang siot.

Aku nak buktikan pada semua cikgu-cikgu yang aku boleh buat. Itu je sebenarnye, selain dari aku nak masuk U. Muahaha.. Tapi niat kena betul beb. Kadang-kadang aku pelik dengan sikap sesetengah 'memember' aku yang agak pentingkan diri. Dah tau si member sorang tu tak dapat jawab, jangan la keluarkan ayat 'Sape suh ko tak study?' Tak ke bisa namenye tu beb? Die dah study la mangkuk, cuma nasib tak menyebelahi die. Penyudahnye aku pulak yang pujuk si member tadi. Bukan nak kata aku ni baik tapi sebagai manusia dan kawan kan? Ape la salahnye. Aku ni giler gak tapi takde la sampai nak buat ayat gitu. Tu tak 'take care' namenye. Setuju?

Aku bukan nak berdoa untuk si member yang takde insurans mulut tu tapi Allah ni Maha Kaya dan Maha Adil kan? Dia akan reply setiap salah atau kebaikan yang kite buat. Wish me luck guys!! Berdarah hidung aku study. Haha. Cam siot je kan?



p/s: Tahun lepas aku menyumbangkan rating budak ponteng sekolah. So, aku kena wop up sikit. Mati..

Wednesday, November 17, 2010

Aku Graduate.

Aku dah graduate!!! Yayy!! Hari tu aku tak sempat pulak nak buat entry pasal aku graduate ni. Hehe. Lepak la.. Nak buat entry dalam keadaan terkejar-kejar buat ape kan? Sempoi.. 15 November 2010 menjadi saksi termeterainya kisah kami semua sebagai bebudak hingusan sekolah. Haha. Ayat tak leh bla.. Aduyai.. Baru graduate kat high-school. We all first batch yang buat Majlis Graduasi ni. Kire ok la walaupun ade sedikit cacat celanya (microphone cam sial, sound sistem pecah, etc.) So, pada hari Isnin tu, tetibe je semua aweks rock bertukar menjadi Alice In The Wonderland. Muahaha.. Cun beb. Muka aku yang mulus ni abis kena celup ngan mekap. Cam ape je.. Aku kan lanun. Tapi maintain cun. Muahaha.. Serioulsy, aku suke tengok memember aku.. Kiut-miut sesangat.. Tak caye? Sila usha..

Tadaa!!! Haa.. Ni lah memember yang sama-sama berjuang selama setahun setengah ni.


Ni pulak masa dah siap-siap nak masuk barisan dan dalam pakaian graduasi. Maintain kiut.



Ni first time aku graduate, itu yang agak 'keri' sikit tu. Haha. Excited abis. Pihak sekolah suruh jemput mak dan ayah tapi aku tak nak dorang datang sebab anak dorang ni tak dapat ape-ape award best pun. Jujur ok?

So, semua orang balik la dalam keadaan yang happy. Haha. Memori tu beb.. Pra Universiti memang gempak!

p/s: Balik je rumah, bebudak ni semua tukar gambar profile pic kat facebook. Pic pelik-pelik dalam berpakaian graduasi. Songeh!! Haha.