Thursday, December 2, 2010

Cashier Sejati.

Hari ni dah masuk hari kedua dalam bulan Disember. Bermakna, ade lagi 13 hari sebelum aku habiskan paper aku. Yang tinggal just paper Pengajian Am dan Bahasa Melayu. Dua-dua ni kertas objektif. Bila mana dengar je perkataan 'objektif', mesti akan terlintas satu perkataan lain kat pale otak kite.. Betul tak? Hehe.. 'senapang M-16' atau nama lainnye, 'tembak'. Dodol sekalian, nak exam ni, kena buat abis baik. Aku simpan dulu senapang ni ye.

Lepas 15 haribulan nanti, aku tak tau la nak buat ape. Keje? Atau lepak umah? Memandangkan sekarang bulan Disember, tetibe je terlintas je memori silam. (hekeleh). Kalau ikutkan, dah dekat 2 tahun jugak aku tinggalkan alam pekerjaan. Aku dah pernah keje sebelum ni. Masa tu aku nak tunggu result SPM kuar. Bosan duduk umah, so aku keje la. Keje bese je. Jadi cashier kat salah satu pasar raya terbesar kat Malaysia ni. Itu pun sebab aku terbaca satu iklan kertas murah kat dinding dan gaji die pun masyuk jugak.. Aku try mohon, Alhamdulillah dapat.


Pakai baju hijau, kuar umah pukul 6.30 pagi, balik umah kul 11 malam. Bagi aku itu perkara biasa. Aku memang suke mende-mende mencabar camtu. Aku mule keje 25 Disember 2008. Masa tu hari Krismas. Memang penat jugak la.. Nasib la.. Sape suruh aku mintak keje time cuti ye dak? Bahalol. Tapi takpe.. Nak cari pengalaman punye pasal.

Masa keje, aku memang suke layan customer yang datang. Ade yang baik tu, memang baik. Ade yang banyak bunyik tu, rase macam nak tangan je. Mentang-mentang la aku cuma berpangkat cashier tapi itu tidak bermakna dorang boleh 'bom' aku sesuka hati. Dalam tempoh 5 bulan aku keje, banyak kali jugak aku kena marah. Memang cam siot. Yang paling tak boleh bla, aku kena senyum 24 jam.


Ye la kan, kang kalau tak senyum, kena 'bom' pulak dengan manager aku. Songeh!
Tapi aku tak kesah dan aku bukan jenis banyak bunyi. Layan je. So pada 4 April 2009, secara rasminye (rasmi ke ek?) aku pun resign. Nak balik kampung, sambung belajar. Haha. Rindu kat kawan-kawan sekolah pulak.Ape pun, bekerja memang satu pengalaman yang sangat seronok. Aku belajar macam mana nak berinteraksi ngan manusia-manusia yang lain, belajar jadi lebih jujur dan yang paling penting, aku belajar macam mana nak hidup jauh dengan mak aku. Haha. Manja la kunun.. Tengok nama tempat yang aku keje la.. Huahuahua. Dengan duit gaji aku yang aku kumpul, lepas la aku bayar duit sewa umah tetiap bulan (bayar kat kakak sendiri.. berkire sungguh beliau), beli baju lelawa dan jugak aku beli henpon Sony Ericsson model F305.


Tapi henpon ni dah rosak. So, jadi hiasan je dalam kotak barang aku. Dan aku jugak beli buku rujukan Form 6 gune duit gaji aku ni. Memang rase puas. Kaya je rase. Haha..

p/s: Bahasa budaya bangsa tapi masa aku keje dulu, tetiap hari kena marah dgn customer pasal mende yang tak masuk akal. Oh tidak..

Friday, November 26, 2010

Berdarah Hidung!


Seperti yang korang sedia tau, aku sekarang tengah dalam mood exam. Diulangi.. EXAM. Setakat ni, dah 4 paper maut dah lepas. Pengajian Am 2, Pengajian Perniagaan 1, Bahasa Melayu 2 dan Ekonomi 1. Kalau korang semua tanye ape feel aku, dengan bangganye aku akan jawab yang aku hepi. For sure la kan. Yang tak enaknye, paper eko aku cam agak-agak nak hancus sikit la. Aku dah buat yang terbaik tapi itu lah kalau orang kate dah nak jadi. Lepas je aku tengok soalan, dalam 10 minit pertama tu aku still blurr. Tapi aku lawan dengan cara aku menyalin semua soalan esei dulu. Menyimpang betul ape yang aku study dengan ape yang keluar. Memang cam siot sikit la. Tapi aku reda kot sebab aku pun student yang jenis banyak main. Tak salahkan sape-sape beb. Jangan risau. Belajar 1 tahun setengah untuk jawab dalam masa 3 jam. Memang parah sikit. Setakat ni, ade lagi 4 paper maut lagi yang aku kena tempuh.. Pergh.. Feel cam perang siot.

Aku nak buktikan pada semua cikgu-cikgu yang aku boleh buat. Itu je sebenarnye, selain dari aku nak masuk U. Muahaha.. Tapi niat kena betul beb. Kadang-kadang aku pelik dengan sikap sesetengah 'memember' aku yang agak pentingkan diri. Dah tau si member sorang tu tak dapat jawab, jangan la keluarkan ayat 'Sape suh ko tak study?' Tak ke bisa namenye tu beb? Die dah study la mangkuk, cuma nasib tak menyebelahi die. Penyudahnye aku pulak yang pujuk si member tadi. Bukan nak kata aku ni baik tapi sebagai manusia dan kawan kan? Ape la salahnye. Aku ni giler gak tapi takde la sampai nak buat ayat gitu. Tu tak 'take care' namenye. Setuju?

Aku bukan nak berdoa untuk si member yang takde insurans mulut tu tapi Allah ni Maha Kaya dan Maha Adil kan? Dia akan reply setiap salah atau kebaikan yang kite buat. Wish me luck guys!! Berdarah hidung aku study. Haha. Cam siot je kan?



p/s: Tahun lepas aku menyumbangkan rating budak ponteng sekolah. So, aku kena wop up sikit. Mati..

Wednesday, November 17, 2010

Aku Graduate.

Aku dah graduate!!! Yayy!! Hari tu aku tak sempat pulak nak buat entry pasal aku graduate ni. Hehe. Lepak la.. Nak buat entry dalam keadaan terkejar-kejar buat ape kan? Sempoi.. 15 November 2010 menjadi saksi termeterainya kisah kami semua sebagai bebudak hingusan sekolah. Haha. Ayat tak leh bla.. Aduyai.. Baru graduate kat high-school. We all first batch yang buat Majlis Graduasi ni. Kire ok la walaupun ade sedikit cacat celanya (microphone cam sial, sound sistem pecah, etc.) So, pada hari Isnin tu, tetibe je semua aweks rock bertukar menjadi Alice In The Wonderland. Muahaha.. Cun beb. Muka aku yang mulus ni abis kena celup ngan mekap. Cam ape je.. Aku kan lanun. Tapi maintain cun. Muahaha.. Serioulsy, aku suke tengok memember aku.. Kiut-miut sesangat.. Tak caye? Sila usha..

Tadaa!!! Haa.. Ni lah memember yang sama-sama berjuang selama setahun setengah ni.


Ni pulak masa dah siap-siap nak masuk barisan dan dalam pakaian graduasi. Maintain kiut.



Ni first time aku graduate, itu yang agak 'keri' sikit tu. Haha. Excited abis. Pihak sekolah suruh jemput mak dan ayah tapi aku tak nak dorang datang sebab anak dorang ni tak dapat ape-ape award best pun. Jujur ok?

So, semua orang balik la dalam keadaan yang happy. Haha. Memori tu beb.. Pra Universiti memang gempak!

p/s: Balik je rumah, bebudak ni semua tukar gambar profile pic kat facebook. Pic pelik-pelik dalam berpakaian graduasi. Songeh!! Haha.

Wednesday, October 13, 2010

Demam Exam.

Takut sgt.. Kot-kot la kalau aku tak boleh buat mase exam besar nanti..
Study tak cukup lagi.
Rase cam banyak je lagi mende yang nak kena ulang balik..
Semua ni akibat daripada sikap sendiri kot.
Skip kelas, skip sekolah, skip kelas tambahan.
Just 6 weeks left to go!
Tolak makan, minum, tidur dan semua aktiviti-aktiviti tak pekdah,
rasenye tinggal 2 hari kot..
Doakan kejayaan aku kawan-kawan.
Exam ni penting buat aku yg dah pernah rase gagal tu macam mane..

p/s: tetibe terpikir nak masuk U mane nanti. any suggestion?

Saturday, September 25, 2010

[Vid] After School-Bang! [Dance by B.Girls]

Asal bosan je giler, asal giler je bosan. Ok. Tak nak cakap banyak. Check this out pretty.
Haritu aku dah post entry sal tarian SHINee.
Haa.. Harini aku nak bg korang semua tgk yg ni pulak. Aku mmg suke mende alah mcm ni.
Minat aku dari dedulu lg.. Ni namanye tgh bosan.
Sape-sape yg tak suke tu xpela. It's ok.
Siyesly.. Tak mrh sikit pun.
Huhu..
Sape-sape ade minat yg sama, meh sini reramai..

Enjoy!

video

p/s: Gerak tari dorang mmg 99% sama. Thumbs up la..^-^)b

Thursday, September 23, 2010

Jantina Si Dia.

Korang semua jangan tak tahu.. Laptop korang semua ade jantina. Haha. Lawak je kan? Tapi mende ni betul. Aku baru lepas try tadi.


So, nak tahu tak jantina laptop yg selalu korang ngadap tiap-tiap hari tu? Jantan ke betina? Hehehe..


Korang follow je step kat bawah ni:


1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad korang:


CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"


2. Lepas tu tekan save. Ubah Save As Type kepada All Files (pastikan korang save kat desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save As = love u.vbs


3. Close notepad bila dah siap save. Then double click kat file yang korang save td (love u.vbs) dan akan dengar suara "I love U."


Cuba korang dengar betul-betul suara "I love U" tu.. Suara lelaki ke perempuan?

Kalau korang dengar suara lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya..


Maybe ade yang dah tau. It's ok la. Kite share la ngan orang yang tak tau lagi. Tak gitu?


Enjoy! Boleh buat korang gelak.. Cam siot je. Berbuih-buih mulut aku gelak tadi. Boleh jugak kalau korang nak segarkan mata-mata yang kuyu bila penat buat assignment.. Haha!


p/s: Keputusan bagi laptop aku ialah beliau seekor betina. Patut la tak ngam ngan aku. Songeh betoi..

Wednesday, September 22, 2010

[Vid] SHINee-Lucifer [Dance by B.Girls]

video

Minat aku agak pelik. Jangan pertikaikan ok? Kalau la aku ingat sape yang sebarkan 'virus durjana' ni kat aku, aku smackdown tengkuk beliau bagi bengkok. Teringin nak join group gini tapi takde base. Kat sekolah, hostel pun aku selamber badak je mengekspresikan bakat yang aku ade ni. Ok, cukuplah mengarut. Enjoy and feel the step. Buahaha! Cup~ Cup~ (cium skrin laptop aku. Euww.)

p/s: Group ni tak sombong macam satu group kat Malaysia ni. Kalau dah feymes takpe jugak. Mengong.

Tuesday, September 21, 2010

Sayu Di Hati.


Masuk je form 6, aku rase cam dunia ni kelam je. Pasal ape? Pasal aku tak dapat nak lari dari baju sekolah. Dah masuk sini, baru terasa penangannye. Seriously, memang sempoi abis. Aku suke betul. Kat sini (ABS-Asian Best School) aku dah belajar macam mana nak hidup. Ayat sikit punye drama. Hehehe.. Kat sini, aku bebas nak ekspresikan ape yang aku rasa dan pendapat aku sendiri.


Tahun ni tahun last aku kot pakai baju sekolah.
Haish.. Asal la cepat sangat masa berlalu yek? Tahun depan mesti aku boring je duduk umah. Facebook & Twitter dah agak boring sekarang.
Perlu ke aku menghadapi semua ni? Oh, tidak..!!
Itu la.. Nak dijadikan cite, aku dulu konon-kononnye tak nak masuk Form 6 (sekarang dah upgrade, kite panggil Pra-U). Banyak bunyik.. Tak nak pakai baju sekolah la, tak nak pakai baju putih la, tak nak itu ini bagai.
Masa ghodong (loghat Pahang yg membawa maksud 'kawan') aku dulu dapat tawaran gi Matriks, Jerman, Mesir, bla.. bla.. bla.., masa tu la rase rendah diri giler. Sedikit sebanyak jeles tu komfem ade.
Aku bukan ape, aku pun mohon giler-giler cam dorang tapi apekan daya, insan lemah cm aku ni tak mampu nak lawan takdir. Cewah.. Ade la tersangkut kat dua tiga subjek tu. Masa tu, dlm hati aku dh menjerit, "Sial punye result! Hampeh! Cam cipan!" Sebab aku dah mula nampak kekelaman pada masa depan aku.
Aku bukan budak kelas last, aku bukan budak kategori kelas pemulihan & aku jugak bukan budak rosak akhlak. So, bila dapat result gitu, hati aku dah keras separuh.
Aku tak kate result aku teruk. Cuma tak memberansangkan je. Lari sangat daripada apa yg aku target.
Haish.. Apepun, keputusan aku masuk Pra-U tak silap kot. Sebab aku cam dah nampak cahaya kat masa depan aku. Aku je yg banyak main-main. Haha. Sempoi je Zack.

p/s: td baru pas tgk vid yg kwn baik aku buat utk aku. tu yg sayu semacam je ni. haha. jiwang!

Can You Give It To My Y?

Somebody, somebody please stop me
How could I be used like this
The girl I had trusted so much, stomping on me
Coldly turns her back
What will you be able to do once you leave me
To you who still hasn’t realized and is leaving
I’ll give you one last chance
Now there’s nothing else that can be done

Give it to my Y
Listen to my Y
Please look back at me
Give it to my Y
Answer me, tell me why you’re acting like this to me

Nobody, now please don’t try to stop me
I don’t want to be played by that girl anymore
I’m going to slowly clench my fist now
To start my revenge
What will you be able to do if you leave me
I’ll give you pain, as much as the scars I received
I will give one last chance to you
I’ll approach you slowly

Just slow down
All the things you moved that you said
Screamed out in time to that beat
Laughing at my yells calling for you
Trying to erase that image
Girl, listen, my song, listen to my Y -

Cry your heart out (don’t go)
I’ll chew you to pieces then spit you out
I’m sorry baby
Oh oh oh yeah
It’s over baby
It’s over..

"For the last time, I will give you a chance."

p/s: Love mood. Agak kecewa.

Sunday, June 27, 2010

Perjalanan Bermula.


Membaca memang salah satu daripada hobi semua makhluk kat dunia ni (ayat buku teks). Aku suke membaca, korang pun suke membaca. Baca bahan-bahan daripada blog tak salah cume kena pandai pilih ok? This is my first post. Masih lagi dlm proses nak belajar sal mem'blogging' ni. Kepada semua pretty, gorgeous, hensem, dipersilakan untuk beri tunjuk ajar kalau ade ape-ape yg kurang, comot atau memang tak cantik langsung. Aku tak kisah pun.. Sape-sape yang baru baca, jangan lupe tinggalkan link blog korang ye.. Senang aku nak blogwalking nanti.. Hehe. Gambar teddy-bear kat atas tu tak membawa maksud ape-ape cume nak ucapkan selamat datang kepada korang semua. Enjoy!

p/s: Kalau ade sesape yg sudi nk ajar 'budak pulau' ni sal blogging, aku belanja mkn. Haha.